Akibat cemburu, seorang lelaki warga asing tergamak menetak isterinya yang sedang sarat mengandung. Mangsa ditetak di leher sehingga mati, ketika kejadian di ladang kelapa sawit, dekat Tawau, Sabah.<br /><br />Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata hasil maklumat awal, motif kejadian dipercayai cemburu selepas suspek mengetahui isterinya mempunyai hubungan sulit.